';

Kelebihan Rawatan Aligners

Tempoh Rawatan Lebih Cepat
Image
Tempoh rawatan yang lebih cepat berbanding sistem aligner dengan hanya 1 ketebalan.
Rawatan dari 6-18 bulan bergantung kepada kerumitan kes anda.
Keselesaan Optimum
Image
Sistem 3 ketebalan berlainan (lembut, sederhana dan keras). Pengalaman rawatan yang lebih selesa dengan aligner berketebalan lembut dari awal rawatan menghasilkan tekanan yang minimum.
Lutsinar Dan Selamat
Image
Hasil yang luar biasa, proses hampir tidak ketara. Kesemua rawatan kami ditetapkan, dirawat dan dipantau oleh doktor gigi berlesen yang sama dari awal hingga ke akhir rawatan.
Mudah Ditanggalkan
Image
Nikmati gaya hidup anda dengan makan makanan kegemaran, bersukan, bermain alat muzik dan bercakap dengan lebih selesa. Mudah ditanggalkan untuk dicuci.
Kebersihan Mulut
Image
Mudah untuk memberus gigi, cuma perlu tanggalkan aligners dan berus gigi seperti biasa, agar kesihatan gigi dan gusi mudah dijaga.
Rawatan Lengkap Dengan Harga Berpatutan
Image
Rawatan yang lengkap dengan harga yang berpatutan. Rawatan ClearSmile merangkumi kes-kes mudah, sederhana dan susah…dan yang penting, kami membantu memperbaiki gigitan anda juga!

Permulaan

FreeVector-Continents-Map-white-background
1.
Mencari Klinik Panel
Terus hubungi doktor gigi anda. Jika doktor gigi anda tidak menawarkan rawatan ClearSmile Invisible Aligners, hubungi kami untuk kami mengesyorkan klinik panel kami yang terdekat.
2-patient-getting-started
2.
Dapatkan Penilaian
Doktor gigi anda akan mengambil beberapa gambar dan X-Ray untuk menentukan sama ada kes anda boleh dirawat dengan menggunakan aligner sebelum pengambilan acuan gigi atau mengimbas gigi secara digital untuk mendapatkan bentuk gigi dan menghantar preskripsi kepada ClearSmile.
3-patient-getting-started-2
3.
Mulakan Rawatan
Satu set aligner akan dibuat khas untuk rawatan anda. Setiap aligner berupaya mengerakkan gigi anda secara beransur-ansur dengan memakai pemakaian sekurang-kurangnya selama 140 jam seminggu (20 jam sehari x 7 hari = 140 jam) dan anda harus menjalani pemeriksaan di klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setiap 3-4 minggu.

Testimoni

Sebelum & Selepas

Image
Image
Image
Gigi Sesak
Image
Image
Image
Gigi Bersilang
Image
Image
Image
Gigi Jarang

Soal Jawab

Mengapa saya perlu memilih aligner ClearSmile untuk mendapatkan senyuman yang lebih menawan?
  • Jika mahukan rawatan yang tidak mengubah cara hidup seharian anda
  • Rawatan yang lebih cepat berbanding rawatan aligner yang hanya menggunakan 1 ketebalan.

TEMPOH RAWATAN YANG LEBIH PANTAS DENGAN KADAR KECICIRAN YANG RENDAH.

Bolehkah saya melangkau langkah aligner yang telah ditetapkan?

Tidak. Anda seharusnya mematuhi dan memakai aligners berdasarkan langkah yang disediakan. Melangkau langkah boleh mempengaruhi pergerakan gigi dan memanjangkan jangka masa rawatan. Ia juga akan menjadi sukar untuk dipakai dan boleh merosakkan aligner kerana gigi anda belum bergerak ke kedudukan yang betul.

Apa akan berlaku jika saya tidak memakai aligners mengikut tempoh minima harian yang disyorkan?

Proses rawatan anda mungkin tertunda, tidak berkesan dan memanjangkan tempoh rawatan.

Salah anggapan mengenai rawatan aligners.
  • Rawatan masih berkesan walaupun memakai aligners sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jika anda tidak memakai aligner mengikut ketetapan masa secukupnya, anda tidak dapat melihat keberkesanan Tambahan pula, jangka masa rawatan boleh dilanjutkan dan aligner tambahan mungkin diperlukan.

 

  • Tidak perlu berjumpa doktor gigi untuk pemantauan semasa dalam tempoh rawatan

Pemantauan secara bersemuka di klinik gigi adalah penting kerana doktor gigi mungkin membuat pengubahsuaian rawatan jika pergerakan gigi semasa anda tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Berapakah kos rawatan aligner ClearSmile?

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Adakah saya perlu membayar keseluruhan rawatan sekali gus?

Sila rujuk kepada klinik gigi untuk pelan bayaran ansuran. Kebanyakan klinik menawarkan bayaran ansuran yang boleh memenuhi kehendak anda.

Apa yang perlu saya jangkakan semasa menjalani rawatan ini?
  • Butang (attachments) yang dipasang diatas gigi mungkin diperlukan untuk menahan, menggenggam dan menolak gigi ke posisi yang betul.
  • Untuk kes-kes yang lebih rumit, butang elastik kemungkinan perlu untuk menambahkan kekuatan pergerakan gigi.
Berapa lama perlu saya memakai aligners?

ClearSmile Invisible Aligners menggunakan kaedah 3 ketebalan aligners iaitu lembut, sedang dan keras. Ini bermaksud

1 langkah (step) = 1 lembut, 1 sedang &  1 keras

Anda harus memakai selama 140 jam seminggu (20 jam sehari x 7 hari) untuk setiap ketebalan aligner untuk menyempurnakan setiap langkah. Jumlah langkah keseluruhan bergantung kepada tahap komplikasi setiap individu.

Adakah saya perlu selalu berjumpa doktor gigi untuk pemantauan?

Salah satu salah anggapan yang dipromosikan oleh beberapa pembekal aligners yang lain adalah pesakit boleh mengurangkan berjumpa doktor. Berdasarkan pengalaman kami, salah satu faktor kejayaan rawatan aligners ini adalah pemantauan secara klinikal (bersemuka) untuk memastikan kepatuhan pesakit. Lebih kerap anda berjumpa doktor, kadar kejayaan menjadi lebih tinggi.

Adakah ClearSmile menjamin rawatan yang sempurna?
  • Hasil rawatan aligners berbeza untuk setiap individu disebabkan faktor usia, kondisi gigi dan sebagainya. Oleh itu, mustahil untuk menjamin hasil setiap rawatan. Akan tetapi, ramai yang mengalami peningkatan senyuman yang ketara selepas rawatan.
  • Kejayaan rawatan ini banyak bergantung kepada kepatuhan pesakit memakai aligners dan pemantauan kritikal dari Doktor gigi masing-masing.
Adakah saya perlu memakai alat penahan (retainers) selepas rawatan?

Untuk mengelakkan gigi daripada bergerak kembali ke posisi asal, kami mengesyorkan pemakaian alat penahan (retainers) bagi rawatan ortodontik termasuklah aligners.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan dari rawatan saya?
  • Memakai aligners untuk tempoh jangka masa yang ditetapkan iaitu 20 jam sehari (140 jam seminggu) untuk setiap ketebalan aligners.
  • Harus bertemu Doktor gigi sekurang-kurangnya setiap 3-4 minggu bagi pemeriksaan dan pemantauan yang lebih terperinci. Ini penting kerana doktor mungkin menjalankan beberapa teknik tambahan untuk memperbaiki rawatan anda.